Domo-kun Cute

Jumaat, 12 Julai 2013

Pendapat mengenai program yang aku ikuti...



               Assalamualaikum & Selamat Petang Semua....



Aku harap korang semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari keempat umat Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan Al-Mubharak. Kejap je, masa berlalu. Lepas ni, pejam celik pejam celik dah pun raya. Jadi, kita hendaklah menghargai masa dengan sebaik-baiknya terutamanya pada bulan yang mulia ini. Hari ni Ramadhan dah masuk hari keempat, so, 25hari lagi dah nak raya.. Yeah!!! Raya... Tak sabarnya nak raya... Aku teringat lagi kata-kata cikgu pendidikan sivik dan kewarganegaraan masa tingkatan empat.. Dia kata manusia ni, bila dah masuk hari raya, dia makan terlalu banyak, sebab nak balas dendam kat tuhan, sebab kena puasa sampai sebulan.. Bila difikirkan balik, memang betullah apa yang dia kata... Apa yang dia kata tu, kita amik sebagai pengajaran.. Aku harap juga puasa kita selama sebulan ni diterima oleh-Nya. Aminyarobbalamin....



Aku nak menceritakan program yang aku ikuti kat Politeknik Seberang Perai yang terletak di Permatang Pauh. Program yang aku ikuti di Politeknik tersebut adalah Diploma Perakaunan. Tempoh pengajian untuk program ni adalah selama 3tahun.. Insha-allah aku akan tamat pengajian pada April 2016. Doakan aku supaya mendapat 3.5 keatas setiap kali exam.. Diploma Perakaunan sebenarnya merupakan kos yang paling susah dan hanya pelajar yang tertentu sahaja yang dapat mempelajari kos ini dengan sebaik-baiknya kerana kos ini sukar untuk difahami.


Jiran rumah aku masa diploma , dia amik kos diploma. Bila nak sambung degree pulak dya amik degree pengurusan perniagaan. Dari situ, terbuktilah diploma perakaunan memang susahkan... Aku baru je nak masuk bab dua perakaunan.. Serious serabut weyh nak kena ingat itu dan ini, Aku hope aku boleh dapat 4flat untuk subjek akaun.. Huhuhu.... Aku nak menerangkan diploma perakaunan pun tak cekap sangat sebab aku baru je semester satu, kalau aku dah masuk semester lima atau semester enam, memang aku bolehlah berikan penerangan dengan selengkap-lengkapnya.


Menjadi seorang pelajar, adalah sesuatu yang memenatkan. Tapi, demi masa depan yang cerah terpaksalah aku tempuhi jua.. Pada hari isnin hingga rabu, pensyarah aku akan buat kuiz principle of marketing,statistic ngan akaun.. Memang terbaiklah kan, kena tiga serangkai sekali gus... Huhuhu... Untuk subjek principle of marketing ngan statistic aku dah habis buat revision. Sekarang yang tinggal hanyalah subjek akaun. Mungkin aku study malam ni selepas aku selesai menyiapkan tugasan Computer Application.. Esok, aku plan nak beli buku mikroekonomi tingkatan enam punya buku.. Tujuan aku beli adalah sebab di politeknik kitorang belajar mikroekonomi jugk tapi juzt dalam bahasa inggeris je, budak-budak form6 dorang belajar dalam bahasa melayu, untunglah dorangkan. Itulah sebab aku nak beli buku mikroekonomi tingkatan enam kan dorang belajar dalam bahasa melayu. Serious weyh, aku jadi serabut giler bila nak study mikroekonomi dalam bahasa inggeris.. hehehe.. tak sabarnya aku nak pergi beli nanti.. Harga buku tu dalam RM 25jew..


1. Ini adalah laman web rasmi Polieknik Seberang Perai .

2. Laman web ini pulak menerangkan maklumat tentang Diploma Perakaunan dengan lebih mendalam. Korang boleh dilayari laman web ni di http://www.psp.edu.my/pspweb/index.php?option=com_content&task=view&id=705&Itemid=&lang=my





Minat Aku




Assalamualaikum dan Selamat Pagi, semua...


Hari ni aku nak menceritakan tentang minat aku. Sebelum tu, kalau korang nak tahu. Post ni merupakan post pertama yang aku tulis sejak aku wujudkan blog ni semalam. Semalam aku ada rancang nak tulis , tapi tak tahu nak tulis apa buntu dibuatnya aku. Tujuan aku buat blog ni pun sebab pensyarah subjek Computer Application yang suruh. Kalau dia tak suruh, memang aku tak buatlah blog ni. Tugasan yang aku akan siapkan ni adalah melibatkan tajuk Internet, memang ada kena mengena dengan blog lah kan... huhu... 


Markah untuk tugasan ni adalah sebanyak 40markah.. Aku harap aku akan dapat sekurang-kurangnya 30markah untuk tugasan ni . Bagi aku subjek ni merupakan salah satu subjek untuk aku dapat 4flat.. Subjek principle of marketing, serious aku cakap memang susah weyh... rasa nak bakar je buku tu... Apa-apa pun terpaksalah aku bersabar demi masa depan aku kan. Eh,banyaknya aku cerita pasal diri aku.. Pasal Minat Aku , aku belum ceritakan lagi.. haha... Baiklah, aku akan ceritakan minat aku kat korang semua sekarang...

Minat aku adalah membaca dan menulis.. Bagi aku, ramai yang tidak menyukai minat ni sebab menyusahkan diri sendiri. Untuk aku, okay je... Janji aku bahagia... huhuhu... Sebab aku boleh minat membaca adalah kerana nak tunjuk yang aku ni seorang yang berilmu dan hebat.. hehe... Aku ingat lagi waktu di tingkatan empat, aku ada selalu baca blog-blog yang penuh dengan pelbagai info yang menarik. 


Keesokannya, aku akan menceritakan kepada kawan-kawan aku mengenai maklumat yang aku baru saja dapat. Muka mereka menunjukkan reaksi teruja apabila aku dapat menceritakan pelbagai info yang menarik. Aku memberikan cadangan kepada mereka supaya sering membaca info-info yang menarik di blog. Jawapan yang diberikan oleh mereka adalah tiada masa . Aku hanya mampu terdiam apabila jawapan sebegitu yang diberikan oleh mereka. Lupa pulak nak cerita, membaca buku jugak mestylah aku suka..



 
Gambar pertama ni adalah merupakan blog yang aku maksudkan tadi.. Blog ni websitenya seperti berikut : http://gilerkentang.com/ . Bila korang baca , memang korang akan sukakan blog ni sampai bila-bila...




Gambar kedua ni pulak merupakan bukti yang aku memang rajin membaca buku.. Hehe, aku ni memang jenis suka puji diri sendiri.. Huhu..
Minat aku yang kedua, adalah menulis. Mengapa aku mengatakan menulis adalah minat aku yang kedua. Sebenarnya ada sejarah yang tersendiri... Aku ni jenis yang malas nak keluar rumah sebab nak jimat duitlah kononnya.. hehe... So, bila aku tak keluar rumah, aku akan menulis cerpen yang teramatlah panjang dalam 250untuk setiap tajuk. 



Korang percaya tak yang aku ni boleh menulis cerpen? Mesti tak percayakan.. Siapalah aku nak dapatkan kepercayaan korang semuakan.. Hahaha.. Bila, aku tak menulis cerpen, hati aku ni selalu meminta-minta untuk menulis sesuatu. So, terpaksalah aku mengikut kehendak hati aku ni, so aku pun ambillah sekeping kertas untuk menulis. 




Gambar Ketiga ni aku yakin korang pun boleh agak. Gambar ni pulak nak menunjukkan yang aku ni memang suka menulis. Korang tengok gambar ni betul-betul. Tulisan aku cantik gilerkan.. Ramai yang puji tulisan aku cantik. Bangganya.. Hehehe...... 


Disebabkan terlampau tiada idea, aku pun tuils je laa diari.. Huhu. Macam budak perempuanlah pulak aku nih.. Haha... Kisah apa aku, janji hidup aku bahagia dan ceria. Aku dah penat nak amik peduli perasaan orang, time aku susah ada ke dorang nak tolong aku tak pun... Huhuhu... Aku rasa post pertama aku mengenai minat ni dah melebihi dari 100patah perkataanlah... Okaylah, korang semua, aku berhenti dulu setakat ni lah ya....



Assalamualaikum dan bye semua... Hope, korang sudi baca post aku yang akan datang.. Hehe..